MEI 2023

Taklimat Pembangunan Terkini Cadangan Projek Minyak, Gas Bersepadu


KUCHING: Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima taklimat daripada Pengurusan tertinggi dari Beijing Beca Sci-Tech Co. Ltd., berhubung pembangunan terkini cadangan projek minyak dan gas bersepadunya di Sarawak.

Menurut Awang Tengah, projek itu selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 dan beliau memberi jaminan Kerajaan Sarawak akan memudahkan cadangan itu.

Difahamkan, BECA telah menyelesaikan penyiasatan tanah dan tinjauan laut dengan hasil yang memuaskan untuk meneruskan projek tersebut.

BECA menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan Timbalan Premier atas pelbagai bantuan dan nasihat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr. malcolm Mussen Lamoh, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Naroden Majais dan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Zaidi Mahdi.

Sumber dari : Jiwa Bakti